Pendahuluan ::
Asrama Politeknik Kota Bharu mula beroperasi sejak awal penubuhannya dan kini mampu menempatkan seramai 918 orang pelajar sahaja dalam satu-satu masa. Asrama ini boleh menampung seramai 200 orang pelajar lelaki dengan 2 blok asrama dan seramai 718 orang pelajar perempuan dengan 7 blok asrama. Kepentingan asrama ini ialah ;
    1. Memberi kemudahan tempat tinggal kepada pelajar yang tinggal di luar kawasan dan kurang berkemampuan dari segi kewangan.
    2. Menjaga keselamatan pelajar daripada masalah sosial seperti melakukan perbuatan diluar pandangan ibubapa.
    3. Melatih pelajar mendisiplinkan diri dari segi mental dan fizikal serta menyemai sikap berdikari dan bertolak ansur.

Latarbelakang ::
Pelajar yang layak mendapat tempat menghuni di Kamsis PKB adalah pelajar yang telah memohon dan disahkan penerimaannya oleh Ketua Warden. Bagi pelajar semester satu, surat tawaran menghuni di Kamsis PKB akan diedarkan bersama-sama surat tawaran pendaftaran pelajar. Walau bagaimanapun, pelajar yang masih berminat untuk menghuni Kamsis PKB, boleh berbuat demikian dengan memohon terus kepada Pengetua Asrama.

V
isi Kamsis
Menjadikan Asrama Sebagai Pusat Penginapan Yang Kondusif Dalam Melahirkan Pelajar Yang Efesion Dan Cemerlang Dalam Bidang Kurikulum dan Ko-Kurikulum.

M
isi Kamsis
Berusaha Bersama Mewujudkan Suasana Asrama Yang Selamat,Tenteram dan Selesa Sebagai tempat Tinggal dan Tempat Belajar Yang Harmoni.

O
bjektif Kamsis::

  • Menyediakan Tempat Penginapan Yang Selesa Dan Selamat Kepada Para Pelajar.
  • Melahirkan Pelajar-Pelajar Yang Berketrampilan dan Cemerlang.
  • Memupuk sifat-sifat kepimpinan dan keusahawanan di kalangan penghuni.
  • Merancang dan Melaksanakan Aktiviti Yang Berkaitan.
  • Memastikan Sistem Pengurusan Yang Cekap dan Berkesan.